Posts

Showing posts from July, 2019

POST 28: MENCANTAS POKOK BUNGA ROSE, MENGAPA DAN BAGAIMANA?

MENCANTAS POKOK BUNGA ROSE, MENGAPA DAN BAGAIMANA? Mencantas pokok ros merupakan rutin asas yang perlu tahu oleh setiap rosarian. Untuk menjadi mahir dalam mencantas pokok bunga ros semestinya melalui pengalaman sendiri. Sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa agak sukar untuk ros mati hanya kerana mencantas. Jadi jangan takut untuk mencantas pokok ros. Mengapa perlu cantas? 1. Untuk menggalakkan pertumbuhan dahan baru 2. Untuk membuang dahan tua/rosak 3. Untuk membaiki aliran udara pada pokok 4. Untuk membentuk pokok Asas teknik mencantas pokok ros. 1. Guna peralatan menggunting yang tajam 2. Perhatikan pada keseluruhan pokok sebelum mencantas. Mulakan dengan memotong pada bahagian bawah. 3. Potong dalam anggaran pokok dapat ditembusi cahaya dan pengudaraan. 4. Pokok secara menyerong (45 darjah)dalam anggaran 1/4 inci dari tempat keluar tunas. Contoh cantasan yang saya lakukan pada Yang ini, lepas seminggu dengan sabar menanti jeng..jeng..j...

POST 27: BAJA ORGANIK DAN BAJA KIMIA, YANG MANA LEBIH BAIK?

POST 26: PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS 'HARD PRUNING'

POST 25: TEKNIK 'MULCH' DAN KEBAIKKANNYA

POST 24: CARA PENJAGAAN POKOK BUNGA ROSE PADA MUSIM HUJAN

POST 23: CARA HASILKAN BAJA DARI BAHAN TERBUANG DI DAPUR

POST 22: TIPS POKOK BUNGA ROSE KEKAL SUBUR DAN SIHAT

TIPS POKOK BUNGA ROSE KEKAL SUBUR DAN SIHAT Pokok bunga ros anatara tanaman yang memerlukan penjagaan yang raoi bagi memastikan ia terus hidup subur dan bebunga. Cara kekalkan pokok ros untuk terus hidup subur sebenarnya berbalik kepada asas penjagaan iaitu medium, air baja, cahaya dan kawalan perosak(boleh rujuk post saya yang sebelum ini) 1. Lokasi Mulakan tanaman ros dengan memilih lokasi yang sesuai. Ros memerlukan sekurang-kurangnya 6 jam cahaya matahari untuk ia hidup subur dan terus berbunga. Lokasi ros yang mengenai banyak cahaya matahari dan juga berangin akan membantu mengurangkan serangan penyakit pada pokok ros. Pastikan juga medium yang digunakan sentiasa dibekalkan dengan elemen organik supaya tanah sentiasa subur dan sesuai untuk pokok ros. 2. Jenis Ros Pilih jenis ros yang bersesuain dengan persekitaran dan juga keupayaan kita untuk menjaganya kelak. Terdapat pelbagai jenis ros seperti yang dikongsikan pada post sebelum ini. Ada yang memanjat, ada yang "b...

POST 21: NUTRIEN-NUTRIEN YANG DIPERLUKAN OLEH POKOK BUNGA ROSE

NUTRIEN-NUTRIEN YANG DIPERLUKAN OLEH POKOK BUNGA ROS Pokok ros merupakan anatara jenis poko yang memerlukan baja yang banyak(heavy feeders) untuk ia terus membesar dan berbunga. Dengan pendedahan cahaya matahari sekurang-kurannya 6 jam sehari, keperluan nutrien dan air yang cukup, medium yang bersaliran baik dah pada PH yang betul. Pokok ros akan terus hidup dengan subur dan berbunga dengan banyak. 1. Keperluan Nutrien Keperluan nutrien ros berbeza bergantung kepada keadaan pokok. Nutrien untama adala N(Nitrogen), P(Phosphorus) dan akar K(Potassium). Nutrien pertumbuhan daun da dahan, Phosphorus berfungsi menggalakkan pertumbuha akar dan bunga. Potassium berfungsi sebagai keseluruhan nutrien untuk pembesaran pokok selain mencegah penyakit pada pokoK. Selain itu, ros juga memerlukan kalsium, Magnesium, sulfur, boron, zinc, manganeses dan iron. 2. Jenis-jenis baja Terdapat bayak jenis baja komersial yang terjual yang bersesuai dengan keperluan ros. Kebiasaanya dalam nisbah NPK ...

POST 20: CARA SEMAI POKOK BUNGA ROSE DARI KERATAN BATANG

CARA SEMAI POKOK BUNGA ROSE DARI KERATAN BATANG Terdapat banyak cara untuk biakkan pokok bunga ros antaranya dari biji benih(di Malaysia tidak sesuai), keratan batang, tut dan graft. Hari ini, saya nak kongsikan cara saya semai pokok dari keratan batang. Asalnya saje suka-suka semai sebab sayang keratan dibuang begitu saje bila lepas mencantas pokok. Cara semai dari keratan ini ada banyak teknik. Teknik saya ni hasil dari pembacaan, bertanya kepada kawan-kawan yang dah mahir, pembelajaran dari youtube dan juga pengalaman. Saya cuba dan mencuba, akhirnya saya finalize teknik ni paling mudah untuk keratan hidup. Sekarang ni info di hujung jari, tinggal search je kan...;) Ok, yang pertama sediakan bahan. Keratan ros, pengalak akar, medium semain dan pasu, botol air yang sudah tidak digunakan. 1. Keratan: pilih keratan yang sesuai, saiz sedang-sedang, potong bila bunga dah layu dan gugur. Tinggalkan daun sedikit supaya keratan dapat membuat makanan semasa ketiadaan akar. 2. Medium:...

POST 19_TIPS PENJAGAAN POKOK BUNGA ROSE PADA MUSIM PANAS

TIPS PENJAGAAN POKOK BUNGA ROSE PADA MUSIM PANAS Cuaca yang tidak menentu merupakan cabaran bagi rosarian, baik musim panas mahupun hujan. Disini saya akan kongsikan tips berdasarkan pengalaman saya cara penjagaan pokok bunga ros pada musim panas. 1. Pastikan pokok sentiasa disiram sekurang-kurangnya 2 kali sehari, kalau boleh 3 kali, pagi, tengah hari dan petang. Terutamanya pokok yang ditanam dalam pasu. pokok yang selalu skip-skip siraman akan mudah diserang perosak kerana perosak suka pada pokok yang kekurangan air dan lemah. 2.Rajin-rajin lakukan 'water blast'/jet spray pada pokok pada waktu terdapat matahari terik untuk menghalau perosak. 3. Semburkan kawalan perosak secara kerap(2 kali sehari), kalau jenis organik setiap hari, pada waktu redup atau malam. Sembur kawalan perosak yang berlainan setiap kali menyembur kawalan perosak. Contohnya hari ini pesticide A, untuk semburan seterusnya B, juga harus selang-selangkan dengan pesticide jenis organik dan kimia. 4...

POST 18: TEKNIK "PEGGING" PADA POKOK BUNGA ROSE

TEKNIK "PEGGING" PADA POKOK BUNGA ROS Apa itu "pegging rose" Pengging merupakan teknik untuk mengalakkan pokok untuk berbunga dengan bayak dengan cara lenturkan dahan secara menegak. Jika pokok ros yang dibela jenis tumbuh menunggi(5-7 kaki) dan berdahan mudah lentur, boleh cuba teknik pegging ni. Pegging roses image source from www.rosenotes.com Ini contoh pokok yang saya lakukan pegging. Saya keluarkan dari rimbunan sebab nak bagi nampak hasil pegging tu, macam ni; Ni pokok charming piano yang saya berjaya berbunga kesemua dari semua dari pucuk yang tumbuh selepas dilenturkan. Bila pucuk yang tumbuh tak mengeluarkan bunga (jadi blind shoot) tu bermakna adalah yang kurang disitu samaada baja atau air. Yang ni self-pengging pokok leander saya.

POST 17: CARA PULIHKAN POKOK BUNGA ROSE YANG "STRESS"

CARA PULIHKAN POKOK BUNGA ROSE YANG "STRESS" Pokok bunga ros yang dibeli dari penjual tak selalunya sihat dan dan cantik, yang sihat dan cantik tu belum tentu akan kekal cantik di tangan kita. Kebanyakkan ros yang saya beli di laman bermula dengan pokok yang kecil dan "stress" kerana berhari-hari di dalam lori sebelum sampai ke tempat penjual dan kemudian dibeli dan dibawa balik ke rumah, atau pun beli secara pos. Jangan risau, ros tidak akan mati, hanya perlu pulihkan ia dengan cara yang betul. Ini pokok ros yang saya beli melalui pos tetapi lambat sampai hingga hampir 13 hari. Nampak macam tak ada harapan kan? Saya tawakal je mase tu, batang pokok masih hijau bermakna pokok ada harapan untuk pulih. Saya cerita tentang pokok yang sebelah kanan tu, yang kiri  tu hidup jugak tapi saya dah jual. Jadi apa yang saya buat, sampai je rumah, saya terus buat campuran tanah(tak perlu baja), kemudian tanam. Selepas itu, siram dengan air yang banyak (deep watering). Poto...

POST 16_TEKNIK "PINCHING" PADA POKOK BUNGA ROSE(FINGER PRUNING)

TEKNIK "PINCHING" PADA POKOK BUNGA ROSE(FINGER PRUNING) Pinching(finger pruning) merupakan teknik yang biasa digunakan oleh nurseries untuk mempercepatkan tumbesaran pokok, mengalakkan pertumbuhan dahan yang lebih banyak berbanding ketinggian pokok(merimbun), selain menggalakkan pokok berbunga hampir serentak dan banyak sekali gus. teknik ini sesuai untuk poko jenis 'bushy' seperti pokok hybrid Tea, Floribunda dan juga miniature. Apabila pokok ros dibuang semua pucuk dan kudup, tenaga dapat disimpan untuk pertumbuhan akan dan daripada digunakan untuk menhasilkan bunga. Sebab itu, pokok baru di beli dan dipindahkan ke tempat baru harus dibuang semua kudup dan pucuk baru yang ada supaya tenaga pada pokok dapat disalurkan untuk menguatkan akar dan seterusnya menhasilkan pokok yang lebih sihat serta memudahkan penyesuaian pokok pada persekitaran baru. Untuk memastikan pokok kelihatan sentiasa berbunga, teknik piching secara separa dilakukan, contohnya ada 10 pucuk yan...

POST 15_CARA MERAWAT PENYAKIT KANKER PADA POKOK BUNGA ROSE

CARA MERAWAT PENYAKIT KANKER PADA POKOK BUNGA ROSE Rose Canker(stem) merupakan antara penyakit biasa berlaku pada pokok bunga rose. Ia disebabkan sejenis fungi. Kebiasaanya terjadi pada batang rose yang bari dicantas, terbiar dalam keadaan basah yang lama, atau pada cuaca yang lembap seperti musim hujan. Ia mudah merebak hingga ke bud union, boleh menyebabkan pokok mati. Contoh kanker pada batang pokok bunga rose; Kalau dibiarkan tanda hitam akan merebak hingga ke pangkal batang utama. Cara rawatan; 1. Potong bahagian yang terkena kanker (anggaran jarak 5-6 inci dari bahagian yang sudah hitam). 2. Semburkan fungicide ke seluruh pokok. 3. Letakkan pokok di tempat yang mendapat panas dari pagi ke petang. Cara mencegah; 1. Letakkan pokok bunga ros di tempat yang panas dan berangin 2. Cuci gunting mencantas setiap kali selepas cantas pokok bunga ros, saya rendam dengan clorox je) 3. Semburkan fungicide secara berkala keseluruhan pokok setiap minggu. 4. Cantas ros pada wakt...

POST 14_CARA MERAWAT PENYAKIT SCALE PADA POKOK BUNGA ROSE

CARA MERAWAT PENYAKIT SCALE PADA POKOK BUNGA ROSE Scale adalah sejenis serangan perosak yang biasa menyerang pokok bunga rose. Jika dibiarkan tanpa rawatan, scale boleh melemahkan pokok dans seterusnya pokok akan mati. Rawatan awal untuk scale perlu dikenalpasti supaya lebih mudah dihapuskan. Rupa scale adalah seperti di gambar; Cara merawat scale, cara ni saya belajar dari geng rosarians; 1. Asingkan pokok yang telah diserang scale jauh dari pokok yang lain(kuarantin) kerana scale ni mudah berjangkit pada pokok yang berdekatan. 2. Potong dan buangkan dahan yang telah rosak teruk diserang scale(daun dah mula layu) 3. Ambil berus gigi yang tidak digunakan lagi, celupkan dengan larutan Rose Care(RC), beruskan pada bahagian yang ada scale. Atau celupkan dengan larutan Malathion kemudian beruskan pada bahagian scale. Pengalaman saya, kalau dah agak teruk serangan, guna Malathion baru hilang scale tu. Kalau malas nak berus, sembur je pun boleh, sembur rata Malathion pada batang ya...

POST 13: DAH SEMBUR KAWALAN PEROSAK TAPI PUCUK MASIH SEPERTI TERBAKAR?

DAH SEMBUR KAWALAN PEROSAK TAPI PUCUK MASIH SEPERTI TERBAKAR? Ok, hari ini saya akan terangkan mengenai masalah ros yang paling biasa kita dengar iaitu pucuk baru jadi hitam seperti terbakar, terutamanya pada musim panas. Ia disebabkan oleh perosak bernama Thrips, ya Thrips lagi, jangan bosan ya. Hihii.. Chili thrips, flower thrips, semua ni yang merosakkan pucuk-pucuk dan kudup-kudup pokok bunga rose kita, bukan disebabkan oleh musim panas. Saya dh terangkan pada post sebelum ni mengenai thrips, boleh baca semula. Kali ini saya akan kongsikan cara selesaikan masalah thrips ni step by step. Sebelum tu kenal pasti dulu tanda-tanda yang pokok telah diserang thrips. Images source from Google search; Ni tanda-tandaawal, kudup jadi hitam macam ni Berbalik cerita step tadi. Saya bukanlah pakar tetapi cara saya ni berkesan pada pokok-pokok saya. Ok macam ni; 1. Contoh hari ini hari pertama perasan pucuk dan kudup dah mula hitam-hitam, apa yang saya akan buat adalah terus buat 'w...

POST 12_KENALI BAJA DAN KAWALAN PEROSAK

KENALI BAJA DAN KAWALAN PEROSAK Selalu saya dapat petanyaan, "pakai baja apa? pakai racun apa?". Terdapat banyak pilihan baja dan racun di pasaran, terpulanglah pada kita nak guna yang mana. Ok, saya nak ceritakan mengenai baja-baja dan racun-racun yang saya guna. Sebenarnya saya guna macam-macam jenis baja, bergantung stok yang ada je. Ini antara baja-baja yang saya guna; 1. Tinja ayam 2. Baja soya 3. Baja udang 4. Tinja kambing 5. Epsom salt(RES) 6. Bone meal 7. Baja Ikan (Fish meal) 8. Baja Rakmit 9. Baja High P 10. Rose food(Honeybee world trade) 11. Baja kopi 12. Baja merah jenama serbajadi No.47 13. Foliar pink 14. Microb & kultur 15. Osmocote Biasanya untuk pokok bunga rose, saya letakkan baja setiap minggu dalam kuantiti yang bersesuaian. Contohnya minggu ni, saya letak soya/tinja ayam+tinja kambing+baja udang, minggu depan baja rakmit, minggu seterusnya bone meal+fishmeal atau rose food+udang atau high P+RES(RES saya letak sebulan 1 kali), mi...

POST 11_CARA MENANAM POKOK BUNGA ROSE DI DALAM PASU

CARA MENANAM POKOK BUNGA ROSE DI DALAM PASU Terdapat banyak jenis-jenis ID rose yang sesuai di tanam dalam pasu seperti jenis miniature, floribunda, Hybrid teas mahupun jenis climber. Ia sesuai untuk penanaman yang mempunyai ruang yang terhad. Terdapat teknik yang perlu diketahui bagaimana menanam pokok bunga rose di dalam rose. 1. Saiz dan jenis pasu Pilih saiz pasu yang sesuai dengan saiz pokok. Kalau pokok yang kecil, pilihlah saiz pasu yang kecil, dan seterusnya. Pilih jenis pasu yang ringan untuk memudahkan mengangkat pasu(Jika perlu). Warna dan jenis pasu juga memainkan peranan dalam mengekalkan kelembapan tanah. Warna pasu yang gelap akan menyerap haba dengan cepat dan seterusnya akan cepat mengeringkan tanah, juga pasu jenis tanah liat(teracota). Pilihlah pasu mengikut kesesuaina lokasi ros kita. Pastikan juga terdapat lubang pada pasu untuk pengaliran air yang berlebihan ke bawah pasu. Tidak perlu letak alas pasu kerana air bertakung akan menyebabkan kanker pada akar po...

POST 10_KENALI PERALATAN BERKEBUN YANG SESUAI - PART 1

KENALI PERALATAN BERKEBUN YANG SESUAI - PART 1 Hari ini saya nak ceritkan mengenai alatan berkebun. Yang pertama ialah pump sprayer. masa pokok ros tak banyak dulu dalam 20 lebih je Sha guna pump sprayer macam yang kanan sekali tu warna hijau, tapi saya guna yang 2 liter , beli dalam 4 botol isi lain-lain racun, foliar. Lepas tu pokok makin banyak bertambah rasa dah tak sesuai sprayer kecik macam tu, saya tambah pump sprayer yang 5 litrt, guna sampai lah sekarang. Unruk laman saya yang ada lebih 100 lebih pokok bunga rose(tak kira anak-anak semaian dan pokok-pokok lain lagi), cukup-cukup la 5 liter untuk sekali menyembur. Kalau besar lagi, sakit pulak bahu nanti nak angkat nanti, hehee;) Ni sprayer yang ada yang saya guna sekarang ni, setakat ni semua elok lagi kecuali yang kiri sekali tu. nozzle dia dah terpatah, dah gam tapi ada pontensi patah lagi jadi Sha beli lain sebagai backup yang tutup biru tu. hehee... Yang kecil-kecil tu saya guna untuk sembur foliar pada pokok daisy dan...

POST 9_CARA MENGATASI PENYAKIT BLACKSPOT PADA POKOK BUNGA ROSE

CARA MENGATASI PENYAKIT BLACKSPOT PADA POKOK BUNGA ROSE Apa itu black spot? Black spot adalah sejenis penyakit yang disebabkan dari sejenis fungsi ('Diplocarpon Rosae') yang menyebabkan daun bertukar menjadikan kuning dan kemudian gugur. Jika dibiarkan, penyakit ini akan merebak ke seluruh  pokok dan daun akan gugur kesemuanya. Bagaimana black spot terjadi? Fungsi black spot aktif pada cuaca yang lembap dan keadaan permukaan daun yang basah. Fungi tersebut memerlukan dalam anggaran masa 7 jam untuk terbentuk dan seterusnya membiak, kesannya akan dapat dilihat selepas 3-7 hari. Fungsi black spot akan membentuk spora dan menyebabkan daun-daun lain juga dijangkiti penyakit black spot jika tiada pencegahan awal dilakukan, akhirnya pokok bunga rose menjadi togel kesemuanya seterusnya pokok akan menjadi lemah dah terganggu pertumbuhannya kerana ketiadaan daun untuk membuat makanan. Tanda pokok sudah terkena penyakit black spot. Bagaimana cara mengatasi black spot? Cuaca negar...

POST 8_CARA MENGAWAL PEROSAK TANPA MENGGUNAKAN BAHAN KIMIA

CARA MENGAWAL PEROSAK TANPA MENGGUNAKAN BAHAN KIMIA Tips untuk hari ini: Cara mengawal perosak seperti thrips, mites dan aphids tanpa menggunakan bahan kimia. 1. Dengan melakukan semburan air yang kuat dari hose air dengan 'water pressure' setiap pagi dapat membantu mengurangkan serangan perosak, lakukan setiap hari sehingga tanda-tanda serangan hilang. 2. Cantas dan buang semua bahagian yang telah diserang perosak seawal serangan disedari.

POST 7_ISTILAH DALAM PENJAGAAN POKOK BUNGA ROSE YANG PERLU TAHU

ISTILAH DALAM PENJAGAAN POKOK BUNGA ROSE YANG PERLU TAHU Terdapat banyak istilah sebenarnya yang perlu tahu dalam penjagaan pokok bunga rose. Saya kongsikan serba sedikit yang perlu diketahui. Sebelum tu kene tau anatomy pokok bunga rose dulu. (Image source from Google search) 1. Bud Union Tempat dimana pertemuan batang pokok bunga rose yang di 'graft' pada 'rootstock'. Juga tempat dimana 'basal break' bercambah. Seperti gambar di atas. 2. Grafted Rose Pokok bunga rose yang di 'graft' pada 'rootstock' untuk hidup. Cara ini biasa di gunakan untuk tujuan ketahanan pokok bunga rose dan lebih lasak (hardy) berbanding baka yang asal. Jenis pokok bunga rose yang biasa digunakan sebagai rootstock adalah Dr. Huey Rose (jenis memanjat). 3. Basal Break Dahan baru yang besar yang bercambah dari bud union. Ini adalah contoh basal break dari pokok bunga rose Sha. 4. New Shoot Dahan baru yang bercambah dari mana-mana bahagian dahan lain selain...

POST 6_CARA CANTASAN POKOK BUNGA ROSE YANG BETUL

CARA CANTASAN POKOK BUNGA ROSE YANG BETUL Ramai yang mungkin tidak tahu cara yang betul mencantas pokok bunga rose. Di sini saya kongsikan cara mencantas pokok bunga rose yang biasa Sha lakukan. Sha ambil contoh pokok Kordes Jubilee yang dah habis berbunga. Sebelum cantas, pilih dahan yang mempunyai 5 helai daun, yang menghadapkan ke luar dan kemudian potong secara menyerong ke bawah supaya air tak bertakung di tempat potongan yang boleh menyebabkan penyakit kanker. Kebiasaannya pucuk baru akan tumbuh kembali di 'nod' teratas dan kedua atas. Habiskan mencantas untuk setiap dahan. Tadaaa..dah siap... Pucuk baru akan mula tumbuh kebiasaanya dalam masa 2 minggu mengikut jenis pokok. Untuk pokok bunga rose jenis renek tidak perlu cantasan yang panjang, cukup hanya cantas pada hujung-hujung dahan kecuali kita mahu bentukkannya kembali. Mencantas pokok bunga ros sebenarnya mengikut kemahuan kita macammana kita nak bentukkan pokok bunga rose kita.

POST 5_TIPS MENGURUSKAN POKOK BUNGA ROSE UNTUK WANITA BERKEJAYA DAN SIBUK BERKERJA

TIPS MENGURUSKAN POKOK BUNGA ROSE UNTUK WANITA YANG SIBUK BERKERJA Ramai yang memberikan alasan susah nak bela pokok bunga rose, sibuk dengan kerja, anak-anak, suri rumah je yang sesuai bela pokok bunga rose ni(eh yeke???). Sebenarnya kalau minat dan betul caranya, penjagaan pokok bunga rose adalah tidak serumit yang disangkakan. Sha sendiri bekerja, 8 jam sehari, ada anak kecil seorang, masih boleh memasak, menguruskan rumah, suami dan tiada pembantu rumah ye, selain menjaga lebih 100 pokok bunga rose. Pada saya, selagi saya masih muda, masih kuat, masih mampu lakukan, saya akan lakukan apa yang saya mahu dan minat. hehe.. Boleh ikut tips seperti dibawah; 1. Plan Jadual Tetapkan hanya satu rutin untuk setiap masa yang ada. Contohnya, pagi ini saya mahu menyiram, pastikan menyiram sahaja, jangan pula selitkan dengan mencantas lah, belek-belek thrips lah. Kebiasaanya pada hari bekerja, saya luangkan masa 15 minit setiap pagi untuk menyiram dan buat 'water blast'. Kalau...

POST 4_TIPS RIMBUNKAN KEMBALI POKOK BUNGA ROSE SELEPAS CANTASAN

TIPS RIMBUNKAN KEMBALI POKOK BUNGA ROSE SELEPAS CANTASAN Hari ini Sha nak cerita tentang cara kembalikan pokok rose dari seperti gambar di bawah; Kepada macam ini; Gambar yang pertama adalah pokok rose Sha selepas di cantas. Kebiasaannya, Sha akan cantas bila pokok dah semankin tinggi, atau pokok rosak diserang serangga dan keadaan pokok yang agak teruk. Sha memang tak suka tengok daun pokok bunga rose Sha buruk-buruk, jadi Sha akan buang atau cantaskan dia dengan harapan berganti daun baru yang cantik. Cerita cantasan akan saya terangkan lagi pada post akan datang ye. Ok, berbalik pada cara nak gemukkan kembali pokok bunga rose. Cara Sha adalah; 1. Kawalan Perosak Selepas cantasan dibuat, semburkan kawalan perosak pada seluruh pokok termasuk tanah. Ulang semburan setiap 3-4 hari. Kalau menggunakan kawalan perosak organik, semburkan kalau boleh 2 hari sekali, sehingga pucuk dah mula menjadi daun dan cantik, boleh jarakkan semburan, seminggu sekali atau mengikut jadua sembu...

POST 3_KAWALAN SERANGAN PENYAKIT KUTU STRIPS PADA POKOK BUNGA ROSE

Image
KAWALAN SERANGAN PENYAKIT KUTU STRIPS PADA POKOK BUNGA ROSE Thrips oh thrips, rasanya serangga yang paling liat nak hilang walaupun guna pesticide adalah thrips. Penat, kadang macam nak give up. Sebelum kita berkenalan dulu apa itu thrips dan apa yang thrips buat pada pokok bunga rose. (Photos of thrips and infected plants are from Google images searches). Thrips yang belum matang berwarna jernih biasa ada pada bawah daun, pucuk-pucuk baru dan juga kudup yang belum kembang. Thrips yang matang biasanya berwarna hitam, Sha sering jumpanya di dalam kelompak bunga rose yang kembang bahagian tengah-tengah. Cuba korang try check bunga rose korang ye, mane tahu ada juga. Apa yang thrips buat pada bunga rose kita? Haa..kalau nampak bunga ros kita jadi macam gambar bawah ni, itu adalah tanda-tanda sudah ada serangan thrips lah tuu.. Geram kan tengok??? Sha suka cuba-cuba pada pokok sendiri dan jumpa cara yang boleh digun pakai selepas ni. Ini antara yang Sha buat; ...

POST 2_ASAS PENJAGAAN POKOK BUNGA ROSE

ASAS PENJAGAAN POKOK BUNGA ROSE Sebelum memilih pokok bunga ros sebagai pilihan di laman, kita perlu mengetahui serba sedikit asas penjagaan pokok bunga ros. Penjagaan bunga ros tidaklah rumit sekiranya kita tahu asas penjagaannya. Kak Sha akan kongsikan asas penjagaan bunga ros yang akak tahu. 1) MEDIUM Pokok bunga ros amat sesuai di tanam pada medium yang tidak menakung air, medium ros haruslah mengandungi campuran sabut kelapa, pasir, sekam tanah bakar. Kebiasannya, selepas membeli pokok ros dari Nuseri. Akak akan tukar terus kepada pasu yang lebih besar. Buat campuran tanah, tambahkan sedekit baja organik seperti tinja ayam dan udang, kemudian gaulkan da tanam pokok ros seperti biasa. 2. AIR Air yang cukup adalah perlu untuk pastikan pokok rose hidup subur. Siram pada waktu pagi dan juga petang. Sekiranya siraman dilakukan selepas 5.00 petang, seeloknya elakkan siraman terkena pada daun, untuk mengelakkan terjadinya penyakit blackspot. Sekiranya hujan, sekali siraman su...