POST 20: CARA SEMAI POKOK BUNGA ROSE DARI KERATAN BATANG

CARA SEMAI POKOK BUNGA ROSE DARI KERATAN BATANG

Terdapat banyak cara untuk biakkan pokok bunga ros antaranya dari biji benih(di Malaysia tidak sesuai), keratan batang, tut dan graft. Hari ini, saya nak kongsikan cara saya semai pokok dari keratan batang. Asalnya saje suka-suka semai sebab sayang keratan dibuang begitu saje bila lepas mencantas pokok. Cara semai dari keratan ini ada banyak teknik. Teknik saya ni hasil dari pembacaan, bertanya kepada kawan-kawan yang dah mahir, pembelajaran dari youtube dan juga pengalaman. Saya cuba dan mencuba, akhirnya saya finalize teknik ni paling mudah untuk keratan hidup. Sekarang ni info di hujung jari, tinggal search je kan...;)

Ok, yang pertama sediakan bahan. Keratan ros, pengalak akar, medium semain dan pasu, botol air yang sudah tidak digunakan.

1. Keratan: pilih keratan yang sesuai, saiz sedang-sedang, potong bila bunga dah layu dan gugur. Tinggalkan daun sedikit supaya keratan dapat membuat makanan semasa ketiadaan akar.

2. Medium: Saya gunakan tanah 6 in 1 yang di jual di Nurseri. Sediakan dalam pasu, siram, kemudian buatkan lubang.

3. Penggalak akar: Yang ini optional sebenarnya. Tak guna pun tak apa, tapi saya memilih untuk guna. Basahkan hujung keratan kemudian celup pada penggalak akar dan tanam.

4. Penutup: Ada banyak cara sebenarnya, ada yang guna plastik kemudian ikat, guna planter box kemudian tutup. Saya guna penutup botol air yang tidak digunakan lagi je. Potong bahagian bawah botol dan tutup. Cara ini bagi mengekalkan kelembapan medium semaian.

Kemudian letakkan semaian di tempat redup, siram sikit-sikit jangan terlalu banyak dan jangan terlalu kering. Ikut cuaca, part ni yang paling thrill sikit. Harus pandai agak-agak. Keadaan dalam botol air akan berwap, biarkan je sebab tu proses yang normal.

Buka penutup dari semaian selepas dahan dah mula bercambah. Cambahan dahan bergantung kepada jenis pokok. Ada yang cepat dan ada yang lambat, saya anggarkan selepas sebulan. Selepas buka bolehlah letakkan di tempat yang mengenai cahaya anggaran 4 jam sehari, disiram seperti biasa dan baja seperti biasa(organik).

Tahap mana kejayaan semaian ni, bergantung pada penjagaan air. Pada musim hujan saya perhatikan lebih mudah untuk semaian hidup, mungkin sebab kelembapan udara memainkan faktor. Dengan teknik ini, kebiasaanya dari jumlah semaian anggaran 80% yang hidup. Pernah juga 100% hidup, orang kata bergantung pada rezeki masing-masing juga, kita hanya berusaha, Allah yang menentukannya.

Selamat mencuba kawan-kawan...;)

Comments

Popular posts from this blog

POST 2_ASAS PENJAGAAN POKOK BUNGA ROSE

POST 22: TIPS POKOK BUNGA ROSE KEKAL SUBUR DAN SIHAT