POST 22: TIPS POKOK BUNGA ROSE KEKAL SUBUR DAN SIHAT

TIPS POKOK BUNGA ROSE KEKAL SUBUR DAN SIHAT

Pokok bunga ros anatara tanaman yang memerlukan penjagaan yang raoi bagi memastikan ia terus hidup subur dan bebunga. Cara kekalkan pokok ros untuk terus hidup subur sebenarnya berbalik kepada asas penjagaan iaitu medium, air baja, cahaya dan kawalan perosak(boleh rujuk post saya yang sebelum ini)

1. Lokasi

Mulakan tanaman ros dengan memilih lokasi yang sesuai. Ros memerlukan sekurang-kurangnya 6 jam cahaya matahari untuk ia hidup subur dan terus berbunga. Lokasi ros yang mengenai banyak cahaya matahari dan juga berangin akan membantu mengurangkan serangan penyakit pada pokok ros. Pastikan juga medium yang digunakan sentiasa dibekalkan dengan elemen organik supaya tanah sentiasa subur dan sesuai untuk pokok ros.

2. Jenis Ros

Pilih jenis ros yang bersesuain dengan persekitaran dan juga keupayaan kita untuk menjaganya kelak. Terdapat pelbagai jenis ros seperti yang dikongsikan pada post sebelum ini. Ada yang memanjat, ada yang "bushy", ada yang jenis tahan penyakit.

3. Air

Pokok ros yang hidup di kawasan bercuaca panas semestinya memerlukan air berbanding yang hidup di kawasan bercuasa sejuk. Siram air pada pokok secukupnya. Kekurangan air akan mengakibatkan pokok lemah, nutrien tidak dapat di serap dengan baik oleh pokok. Pokok yang lemah akan mengundang lebih banyak penyakit dan serangga perosak.

4. Cantas

Seeloknya cantas tangkai bunga yang bunganya telah kering bagi menggalakkan pertumbuhan bunga yang baru. Cantasan juga perlu bagi mengawal bentuk dan saiz pokok. Cantas dahan-dahan yang berselirat bagi menggalakkan pengudaraan pada pokok. Cantas dahan-dahan tua yang tidak elok bagi menggalakkan pertumbuhan dahan-dahan baru.

5. Kawalan Perosak

Kawalan perosak harus dilakukan secara berkala bagi mengelakkan pokok dari di serang penyakit. Mencegah pokok dari terkena penyakit lebih mudah mudah dari merawat pokok yang telah sakit. Jadikan rutin menyembur kawalan perosak untuk memastikan pokok sentiasa sihat tanpa gangguan penyakit. Ambil tahu jenis-jenis penyakit, tanda-tanda dan cara merawat untuk memastikan tindakan awal dpat diambil bagi menyelamatkan pokok.


Comments

Popular posts from this blog

POST 20: CARA SEMAI POKOK BUNGA ROSE DARI KERATAN BATANG

POST 2_ASAS PENJAGAAN POKOK BUNGA ROSE