POST 2_ASAS PENJAGAAN POKOK BUNGA ROSE


ASAS PENJAGAAN POKOK BUNGA ROSE


Sebelum memilih pokok bunga ros sebagai pilihan di laman, kita perlu mengetahui serba sedikit asas penjagaan pokok bunga ros. Penjagaan bunga ros tidaklah rumit sekiranya kita tahu asas penjagaannya. Kak Sha akan kongsikan asas penjagaan bunga ros yang akak tahu.

1) MEDIUM

Pokok bunga ros amat sesuai di tanam pada medium yang tidak menakung air, medium ros haruslah mengandungi campuran sabut kelapa, pasir, sekam tanah bakar. Kebiasannya, selepas membeli pokok ros dari Nuseri. Akak akan tukar terus kepada pasu yang lebih besar. Buat campuran tanah, tambahkan sedekit baja organik seperti tinja ayam dan udang, kemudian gaulkan da tanam pokok ros seperti biasa.

2. AIR

Air yang cukup adalah perlu untuk pastikan pokok rose hidup subur. Siram pada waktu pagi dan juga petang. Sekiranya siraman dilakukan selepas 5.00 petang, seeloknya elakkan siraman terkena pada daun, untuk mengelakkan terjadinya penyakit blackspot. Sekiranya hujan, sekali siraman sudah memadai, tengok keadaan tanah, sekiranya masih basah tidak perlu disiram lagi.

3. CAHAYA DAN PENGUDARAAN

Pokok bunga rose memerlukan sekurang-kurannya 6 jam pendedahan kepada cahaya matahari untuk pokok terus berbunga. Pastikan juga pokok rose diletakkan pada tempat yang bukan sahaja kena cahaya matahari untuk, malah pengudaraan yang baik. Pokok rose yang kurang mendapat pendedahan cahaya matahari dan pengudaraan yang lebih terdedah kepada penyakit. Bagi pokok rose yang dibeli dari kawasan tanah tinggi, proses penyesuaian perlu dilakukan supaya pokok tidak "terkejut" dengan persekitaran yang baru. Letakkan pokok pada tempat yang teduh tetapi mendapat sedikit cahaya matahari selama seminggu, kemudian selepas itu barulah diletakkan pada tempat yang mendapat cahaya matahari penuh.

4. BAJA

Terdapat pelbagai jenis pilihan baja untuk pokok bunga rose. Pokok bunga rosesesuai dibajakan dengan baja organikseperti tinja ayam, tinja kambing, baja soya, baja udang, baja ikan dan bone meal. Baja kimia juga boleh digunakan, tetapi penggunaan baja kimia haruslah diselang selikan dengan baja organik, kerana baja kimia bertindak cpt dan kebiasaanya tidak menyimpan nutrien di dalam tanah. Baja kimia juga harus digunakan mengikut sukatan seperti yang telah ditetapkan, terlebih baja kimia boleh mendatangkan kemudaratan kepada pokok rose malah boleh menyebabkan pokok rose mati. Bajakan pokok rose dalam selang masa seminggu atau dua minggu sekali. Bajakan juga pokok rose dengan baja jenis cecair seperti foliar dan sebagainya yang dibancuh lalu disembur pada daun dan batang pokok untuk kesan pertumbuhan yang lebih cepat. Untuk jangka masa tertentu, tambahkan epsom salt pada tanah untuk menggalakkan tunas baru (Basal Break)

5. KAWALAN PEROSAK

Kawan perosak harus dilakukan secara berkala bagi mengelakkan pokok bunga rose diserang penyakit. Semburkan racun serangga samaada jenis organik atau kimia sekurang-kurangnya seminggu sekali pada seluruh pokok. Mencegah pokok yang belum sakit lebih mudah dari merawat pokok yang telah sakit. Langkah keselamatan harus diambil kira sebelum menyembur racun.


6. CANTASAN

Apabila bunga rose sudah mulai kering atau gugur, cantasan perlu dilakukan untuk menggalakkan tunas dan bunga yang baru tumbuh. Cantas secara serong pada bahagian atas dahan yang mempunyai 5 helaian daun mengikut aras yang kita mahukan.


Jom tengok-tengok pokok bunga rose akak~~~~~~;)





Comments

Popular posts from this blog

POST 20: CARA SEMAI POKOK BUNGA ROSE DARI KERATAN BATANG

POST 22: TIPS POKOK BUNGA ROSE KEKAL SUBUR DAN SIHAT