POST 9_CARA MENGATASI PENYAKIT BLACKSPOT PADA POKOK BUNGA ROSE

CARA MENGATASI PENYAKIT BLACKSPOT PADA POKOK BUNGA ROSE

Apa itu black spot? Black spot adalah sejenis penyakit yang disebabkan dari sejenis fungsi ('Diplocarpon Rosae') yang menyebabkan daun bertukar menjadikan kuning dan kemudian gugur. Jika dibiarkan, penyakit ini akan merebak ke seluruh  pokok dan daun akan gugur kesemuanya.

Bagaimana black spot terjadi? Fungsi black spot aktif pada cuaca yang lembap dan keadaan permukaan daun yang basah. Fungi tersebut memerlukan dalam anggaran masa 7 jam untuk terbentuk dan seterusnya membiak, kesannya akan dapat dilihat selepas 3-7 hari. Fungsi black spot akan membentuk spora dan menyebabkan daun-daun lain juga dijangkiti penyakit black spot jika tiada pencegahan awal dilakukan, akhirnya pokok bunga rose menjadi togel kesemuanya seterusnya pokok akan menjadi lemah dah terganggu pertumbuhannya kerana ketiadaan daun untuk membuat makanan.

Tanda pokok sudah terkena penyakit black spot.

Bagaimana cara mengatasi black spot? Cuaca negara kita yang hujan tidak menentu memang agak sukar untuk mengelak terus dari terkena penyakit. Bagaimanapun terdapat cara bagi mengelakkan penyakit black spot ini berlaku.

1. Pilih jenis pokok bunga rose yang kurang berisiko.

Terdapat jenis pokok bunga ros yang sukar dijangkiti black spot dan ada juga yang sangat mudah dijangkiti. Ketahui ciri-ciri pokok sebelum membeli dengan mencari maklumat di laman-laman web atau bertanya sendiri dengan orang yang lebih berpengalaman seperti pemilik nurseri.

2. Lokasi yang kurang berisiko

Seeloknya letakkan pokok rose di kawasan yang mengenai cahaya matahari 5-7 jam sehari, cahaya matahari dari pagi lebih elok untuk memberi peluang air berlebihan pada daun mudah tersejat dari pokok. Letakkan pokok bunga rose di kawasan yang mempunyai pengudaraan yang baik. Potong dahan-dahan yang tidak diperlukan bagi menggalakkan pengudaraan. Susunkan juga pokok bunga rose pada jarak yang sesuai bagi menggalakkan pengudaraan yang baik. Pastikan juga tanah yang dogunakan jenis yang menyerap air (tidak bertakung) bagi mengurangkan kadar lembapan pada pokok.

3. Siram pokok dengan cara yang betul

Bagi cuaca panas lembap seperti di negara kita, sesuai basahkan pokok hanya pada waktu pagi. Elakkan air terkena pada daun bagi siraman pada waktu petang bagi mengelakkan fungus membiak.

4. Cantasan berkala

Cantas dahan-dahan yang lemah dan rosak. Buangkan daun-daun tua yang rosak secara berkala bagi menggalakkan pengudaraan yang baik pada pokok. Kadangkala blackspot juga terdapat pada dahan-dahan jika dijangkitan telah teruk. Cantasan berkala dapat mengurangkan risiko jangkitan black spot berulang.

5. Menangani pokok yang telah dijangkiti dengan betul

Kenalpasti sama ada pokok besar-besar dijangkiti blackspot (tanda tompok hitam dan kuning di sekeliling tompokan, daun akan menjadi kuning dan gugur). Kebiasaanya daub di bahagian bawah pokok dijangkiti dahulu. Buangkan semua daun yang telah dijangkiti jauh dari pokok, termasuk yang jatuh di tanah, kerana jika dibiarkan spora akan membiak dan mengjangkiti semula pokok bunga rose.

Cegah blackspot dengan melakukan semburan menggunakan produk yang terdapat di pasaran seperti (yang saya tahu) daconil, copper, mencozeb. Semburan organik adalah seperti neem oil, campuran susu dan juga campuran air, serbuk bikarbonat dan sabut basuh pinggan. Lakukan semburan secara berkala, setiap minggu, walaupun tiada tanda serangan langkah pencegahan. Jika musim hujan kebiasaannyasaya akan sembur setiap 2 hari jika hujan setiap hari.



Comments

Popular posts from this blog

POST 20: CARA SEMAI POKOK BUNGA ROSE DARI KERATAN BATANG

POST 2_ASAS PENJAGAAN POKOK BUNGA ROSE

POST 22: TIPS POKOK BUNGA ROSE KEKAL SUBUR DAN SIHAT