POST 14_CARA MERAWAT PENYAKIT SCALE PADA POKOK BUNGA ROSE

CARA MERAWAT PENYAKIT SCALE PADA POKOK BUNGA ROSE

Scale adalah sejenis serangan perosak yang biasa menyerang pokok bunga rose. Jika dibiarkan tanpa rawatan, scale boleh melemahkan pokok dans seterusnya pokok akan mati. Rawatan awal untuk scale perlu dikenalpasti supaya lebih mudah dihapuskan. Rupa scale adalah seperti di gambar;

Cara merawat scale, cara ni saya belajar dari geng rosarians;

1. Asingkan pokok yang telah diserang scale jauh dari pokok yang lain(kuarantin) kerana scale ni mudah berjangkit pada pokok yang berdekatan.

2. Potong dan buangkan dahan yang telah rosak teruk diserang scale(daun dah mula layu)

3. Ambil berus gigi yang tidak digunakan lagi, celupkan dengan larutan Rose Care(RC), beruskan pada bahagian yang ada scale. Atau celupkan dengan larutan Malathion kemudian beruskan pada bahagian scale. Pengalaman saya, kalau dah agak teruk serangan, guna Malathion baru hilang scale tu. Kalau malas nak berus, sembur je pun boleh, sembur rata Malathion pada batang yang terdapat scale. Biarkan kering.

Kebiasaanya, sekali rawatan scale dah hilang. Tapi kalau scale masih lagi berulang, ulangi langkah yang sama sehingga pulih.

Comments

Popular posts from this blog

POST 20: CARA SEMAI POKOK BUNGA ROSE DARI KERATAN BATANG

POST 2_ASAS PENJAGAAN POKOK BUNGA ROSE

POST 22: TIPS POKOK BUNGA ROSE KEKAL SUBUR DAN SIHAT