POST 16_TEKNIK "PINCHING" PADA POKOK BUNGA ROSE(FINGER PRUNING)

TEKNIK "PINCHING" PADA POKOK BUNGA ROSE(FINGER PRUNING)

Pinching(finger pruning) merupakan teknik yang biasa digunakan oleh nurseries untuk mempercepatkan tumbesaran pokok, mengalakkan pertumbuhan dahan yang lebih banyak berbanding ketinggian pokok(merimbun), selain menggalakkan pokok berbunga hampir serentak dan banyak sekali gus. teknik ini sesuai untuk poko jenis 'bushy' seperti pokok hybrid Tea, Floribunda dan juga miniature. Apabila pokok ros dibuang semua pucuk dan kudup, tenaga dapat disimpan untuk pertumbuhan akan dan daripada digunakan untuk menhasilkan bunga. Sebab itu, pokok baru di beli dan dipindahkan ke tempat baru harus dibuang semua kudup dan pucuk baru yang ada supaya tenaga pada pokok dapat disalurkan untuk menguatkan akar dan seterusnya menhasilkan pokok yang lebih sihat serta memudahkan penyesuaian pokok pada persekitaran baru.

Untuk memastikan pokok kelihatan sentiasa berbunga, teknik piching secara separa dilakukan, contohnya ada 10 pucuk yang baru tumbuh, buangkan 5 kudup biarkan 5 kudup lagi , jadi 5 kudup akan kembang, bila kudup yang kembang mulai layu, akan digantikan dengan 5 kudup baru yang telah di pinch sebelum itu. Jadi pokok akan kelihatan sentiasa berbunga. Ini biasa dilakukan pada ros yang ditanam untuk tujuan pameran.

Bila dan bagaimana?

Apabila pokok mula menghasilkan pucuk dan kudup (biasanya berwarna merah), patahkan menggunkan jari pada bahagian yang terdapat 1 set dengan 5 daun. Sebenarnya boleh patahkan saja panjang mana pun ikut yang kita rasa sesuai(batang lembut), kerana kebiasaanya pucuk baru akan tumbuh sebanyak 2/3 dari bawah pucuk yang telah di ppatahkan, buat anggaran saja. Setelah pucuk di 'pinch', lebih banyak pucuk akan tumbuh berbanding 1 pucuk yang sebelum ini, ini akan menjadikan pokok lebih merimbun.

Ini adalah contoh pinching yang saya buat untuk pucuk-pucuk baru, petik patahkan guna kuku ibu jari, buat dengan lemah lembut ya, hehee.. ada yang petik terus dari bahagian bercambah, ikut kita nk 'pinch' macammana, ini cara saya;

Lepas pinching

Dalam lebih kurang 2 minggu akan naik pucuk baru yang lebih banyak dari tempat yang dah di 'pinch'

Ataupun, cara disbudding, yang ini saya gunagunting mencantas sebab dahan dh liat, potong bud yang dah ada dan juga pucuk yang ada.

Lepas di disbudding

Sebenarnya, soft pruning ini sama je konsep dia seperti pruning ros yang biasa, bezanya bila kita cantas dari pucuk, masa untuk pokok membesar dapat di singkatkan. Pokok yang dah establish tak perlu dilakukan piching, cukup sekadar pruning biasa.

Kelebihan teknik piching

1. Pertumbuhan akar pokok yang lebih cepat(Establish)
2. Menggalakkan pertumbuhan dahan baru
3. Menghasilkan bunga yang lebih banyak
4. Memulihkan pucuk yang rosak atau tidak sempurna dan digantikan dengan pucuk yang baru dan lebih sihat.

Teknik piching ini bukan hanya sesuai pada ros, juga sesuai dilakukan pada semua jenis tanaman untuk menghasilkan lebih banyak dahan dan juga bunga.


Comments

Popular posts from this blog

POST 20: CARA SEMAI POKOK BUNGA ROSE DARI KERATAN BATANG

POST 2_ASAS PENJAGAAN POKOK BUNGA ROSE

POST 22: TIPS POKOK BUNGA ROSE KEKAL SUBUR DAN SIHAT