POST 19_TIPS PENJAGAAN POKOK BUNGA ROSE PADA MUSIM PANAS
TIPS PENJAGAAN POKOK BUNGA ROSE PADA MUSIM PANAS
Cuaca yang tidak menentu merupakan cabaran bagi rosarian, baik musim panas mahupun hujan. Disini saya akan kongsikan tips berdasarkan pengalaman saya cara penjagaan pokok bunga ros pada musim panas.
1. Pastikan pokok sentiasa disiram sekurang-kurangnya 2 kali sehari, kalau boleh 3 kali, pagi, tengah hari dan petang. Terutamanya pokok yang ditanam dalam pasu. pokok yang selalu skip-skip siraman akan mudah diserang perosak kerana perosak suka pada pokok yang kekurangan air dan lemah.
2.Rajin-rajin lakukan 'water blast'/jet spray pada pokok pada waktu terdapat matahari terik untuk menghalau perosak.
3. Semburkan kawalan perosak secara kerap(2 kali sehari), kalau jenis organik setiap hari, pada waktu redup atau malam. Sembur kawalan perosak yang berlainan setiap kali menyembur kawalan perosak. Contohnya hari ini pesticide A, untuk semburan seterusnya B, juga harus selang-selangkan dengan pesticide jenis organik dan kimia.
4. Cara semburan kawalan perosak haruslah betul dengan menyembur dari bawah ke atas pokok, juga semburkan kawalan perosak pada bahagian tanah untuk menghapuskan terutamanya thrips.
Tips seperti di atas ini, saya hanya mampu lakukan pada waktu cuti sahaja. Pada waktu berkerja, jadual saya mudah sahaja. Waktu pagi sebelum pergi ke kerja, siram+'water blast', balik kerja, siram lagi, setiap selang 2 malam, saya sembur kawalan perosak berlainan setiap kali menyembur itu. Itu pun, sudah memadai. Kalau dapat lakukan semua di atas dengan baik, insyaAllah bunga akan kembang dengan cantik dan tidak ada pucuk hitam walaupun cuaca panas terik.

Comments
Post a Comment