POST 11_CARA MENANAM POKOK BUNGA ROSE DI DALAM PASU

CARA MENANAM POKOK BUNGA ROSE DI DALAM PASU

Terdapat banyak jenis-jenis ID rose yang sesuai di tanam dalam pasu seperti jenis miniature, floribunda, Hybrid teas mahupun jenis climber. Ia sesuai untuk penanaman yang mempunyai ruang yang terhad. Terdapat teknik yang perlu diketahui bagaimana menanam pokok bunga rose di dalam rose.


1. Saiz dan jenis pasu

Pilih saiz pasu yang sesuai dengan saiz pokok. Kalau pokok yang kecil, pilihlah saiz pasu yang kecil, dan seterusnya. Pilih jenis pasu yang ringan untuk memudahkan mengangkat pasu(Jika perlu). Warna dan jenis pasu juga memainkan peranan dalam mengekalkan kelembapan tanah. Warna pasu yang gelap akan menyerap haba dengan cepat dan seterusnya akan cepat mengeringkan tanah, juga pasu jenis tanah liat(teracota). Pilihlah pasu mengikut kesesuaina lokasi ros kita. Pastikan juga terdapat lubang pada pasu untuk pengaliran air yang berlebihan ke bawah pasu. Tidak perlu letak alas pasu kerana air bertakung akan menyebabkan kanker pada akar pokok bunga rose.

2. Campuran Medium

Terdapat banyak pilihan untuk campuran medium ros, ada juga yang dh lengkap dijual di pasaran. Campuran yang biasa saya guna adalah campuran sendiri tanah(6 in 1)(ada yang guna tanah Holland), tanah bakar merah, perlite, bone meal, osmocote, tinja ayam. Anggaran 1 bag tanah 6 in 1, tanah bakar 1/4 paket(tanah 6 in 1 yang saya guna dah banyak tanah bakar jadi saya letak suku je), perlite 2 genggam, bone meal 1 skop tanah kecil, osmocode segenggam, tinja ayam 1/2 peket kecil (maaflah saya tak pernah sukat tepat semua anggaran campak-campak je, hahaa..ikut lah nak guna banyak mana... ;)

2.1 Campurkan semua

2.2. Lepas tu gaulkan semua

2.3. Cara menanam

3. Cara menanam

3.1. Ambil pasu yang sesuai tadi, masukkan campuran tanah tadi ke dalam pasu dalam anggaran 1/4 pasu. Ni saya bagi contoh masa saya nak re-pot pasu.


3.2. Kemudian masukkan pokok bersama tanah. (Kalau nak tukar medium buangkan sedikit tanah, tinggalkan pada akar sahaja, ada juga yang buang terus tapi saya tidak mahir sebab pernah pokok mati bila saya buang kesemua tanah). Tambahkan lagi tanah campuran tadi sampai aras yang sesuai, jagan terlalu penuh sebab baja akan terkeluar nanti masa menyiram. Rujuk gambar bawah;

3.3. Selepas tanam, kemudian tambahkan habuk/potongan kayu(bark chips) pada permukaan tanah(teknik mulching), kalau ada daun-daun kering pun boleh diletakkan. Teknik mulching ni optional, sesuai digunakan pada musim panas untuk mengekalkan kelembapan pada medium. Selepas itu boleh lah siramkan air pada tanah.

4. Penjagaan

Letakkan tanaman pada tempat yang mengenai cahaya matahari sekurang-kurannya 5 jam sehari. Siram tanah pada waktu pagi dan petang pada cuaca panas. Semak tanah dengan memasukkan jari pada tanah sedalam anggaran 2.5 cm, jika tanah terasa kering, tanah perlu disiram dengan segera. Tambahkan baja yang sesuai dengan anggaran 2 minggu selepas di tanam.

Gantikan tanah dan pasu yang lebih besar selepas 2 tahun. Ros yang di tanam didalam pasulebih cepat menyerap nurtrien tanah berbanding di dalam tanah terus.

Tambahkan epsom salt pada medium setiap 2 bulan (atau sebulan sekali tapi dalam kuantiti sedikit mengikut saiz pokok) untuk menggalakkan pertumbuhan dahan baru dan juga daun.




Comments

Popular posts from this blog

POST 20: CARA SEMAI POKOK BUNGA ROSE DARI KERATAN BATANG

POST 2_ASAS PENJAGAAN POKOK BUNGA ROSE

POST 22: TIPS POKOK BUNGA ROSE KEKAL SUBUR DAN SIHAT