POST 5_TIPS MENGURUSKAN POKOK BUNGA ROSE UNTUK WANITA BERKEJAYA DAN SIBUK BERKERJA
TIPS MENGURUSKAN POKOK BUNGA ROSE UNTUK WANITA YANG SIBUK BERKERJA
Ramai yang memberikan alasan susah nak bela pokok bunga rose, sibuk dengan kerja, anak-anak, suri rumah je yang sesuai bela pokok bunga rose ni(eh yeke???).
Sebenarnya kalau minat dan betul caranya, penjagaan pokok bunga rose adalah tidak serumit yang disangkakan. Sha sendiri bekerja, 8 jam sehari, ada anak kecil seorang, masih boleh memasak, menguruskan rumah, suami dan tiada pembantu rumah ye, selain menjaga lebih 100 pokok bunga rose. Pada saya, selagi saya masih muda, masih kuat, masih mampu lakukan, saya akan lakukan apa yang saya mahu dan minat. hehe..
Boleh ikut tips seperti dibawah;
1. Plan Jadual
Tetapkan hanya satu rutin untuk setiap masa yang ada. Contohnya, pagi ini saya mahu menyiram, pastikan menyiram sahaja, jangan pula selitkan dengan mencantas lah, belek-belek thrips lah. Kebiasaanya pada hari bekerja, saya luangkan masa 15 minit setiap pagi untuk menyiram dan buat 'water blast'. Kalau ada masa lebih sempatkan belek-belek, snap gambar laju-laju.
Pulang dari kerja, dalam 10 minit siram lagi sekali. Waktu malam pula 20 minit untuk menyembur racun, baja etc mengikut jadual menyembur(tidaklah setiap hari). Hujung minggu kebiasaanya saya meluangkan masa dalam 2 jam di laman untuk lakukan 'dead heading' atau pruning, sembur foliar, membaja selain menyiram dan lakukan 'water blast'. Kalau ada masa lebih Sha akan gembur-gemburkan tanah, tambahkan tanah atau tukar pasu mengikut keperluan.
2. Kenal pasti jenis rose sebelum membeli
Sebelum memilih pokok bunga rose untuk diletakkan di laman, kenal pasti dahulu jenis pokok bunga rose yang dipilih, sama ada jenis renek, shrub, memanjat, mudah dijangkiti penyakit atau tidak.(Sha suka baca di website: www.helpfind.com sebelum memilih pokok bunga rose). Pokok bunga rose yang di jual di nuseri, yang tiada nama, biasanya jenis-jenis hybrid tea/cut rose/miniatur. Plan dulu adakah ada banyak masa untuk selalu menyembur racun (untuk pokok yang mudah kene penyakit?) ada banyak masa untuk mengikat rose je nis climber bila pokok dah besar? sesuaikah dengan persekitaran rumah kita? Ini adalah untuk memastikan tidak banyak masa akan diluangkan di laman hanya untuk pokok-pokok bunga rose sahaja.
3. Susunan pokok yang memudahkan
Kalau boleh susunkan pokok-pokok bunga rose di satu tempat sahaja ayau susun secara bebaris untuk memudahkan kita selenggara pokok-pokok ini nanti. Ini kerana pokok bunga rose memerlukan penjagaan yang lebih rapi berbanding pokok-pokok lain. Dengan susun atur yang sesuai, masa diluangkan untuk selenggara pokok bunga rose setiap hari dapat dikurangkan.
4. Alatan berkebun yang lengkap dan sesuai
Pastikan semua alatan untuk menyelenggara pokok bunga rose yang lengkap dan diletakkan di suatu tempat yang sesuai. Pastikan juga tempat alatan baja, racun adalah di tengah laman supaya kurang masa yang diluangkan untuk berpatah balik jika tertinggal barang atau sebagainya. Lebihkan juga baja-baja, cecair semburan dan sebagainya. Pastikan juga bekas-bekas baja siap diisi dengan penyeduk yang sesuai, contoh sudu besar atau kecil atau senduk, jadi tidak perlulah fikir banyak kali jumlah baja nak diletakkan pada setiap pokok setiap kali nak membaja. Contah alatan seperti gunting (besar dan kecik), skop tanah, penyembur racun, sarung tangan, alat penyukat cecair, skop baja, penyapu etc. Ini ruangan alatan berkebun saya, simple je~~~;)
5. Displin
Ya, masih lagi berbalik pada displin. Bila dah ada jadual penjagaan haruslah ikut jadual yang ditetapkan. Pokok bunga rose tidak sesuai dibiarkan tidak dibaja, tidak disiram, tidak diracun dalam jangka masa yang lama, jadi sentiasa lah ikut jadual yang ditetapkan oleh kita sendiri. Bila kita displin, insyaAllah pokok-pokok ros akan hadiahkan kita dengan kuntuman yang wangi seperti ini, best kan??;)

Comments
Post a Comment