POST 13: DAH SEMBUR KAWALAN PEROSAK TAPI PUCUK MASIH SEPERTI TERBAKAR?

DAH SEMBUR KAWALAN PEROSAK TAPI PUCUK MASIH SEPERTI TERBAKAR?

Ok, hari ini saya akan terangkan mengenai masalah ros yang paling biasa kita dengar iaitu pucuk baru jadi hitam seperti terbakar, terutamanya pada musim panas. Ia disebabkan oleh perosak bernama Thrips, ya Thrips lagi, jangan bosan ya. Hihii.. Chili thrips, flower thrips, semua ni yang merosakkan pucuk-pucuk dan kudup-kudup pokok bunga rose kita, bukan disebabkan oleh musim panas. Saya dh terangkan pada post sebelum ni mengenai thrips, boleh baca semula. Kali ini saya akan kongsikan cara selesaikan masalah thrips ni step by step. Sebelum tu kenal pasti dulu tanda-tanda yang pokok telah diserang thrips.

Images source from Google search;

Ni tanda-tandaawal, kudup jadi hitam macam ni

Berbalik cerita step tadi. Saya bukanlah pakar tetapi cara saya ni berkesan pada pokok-pokok saya. Ok macam ni;

1. Contoh hari ini hari pertama perasan pucuk dan kudup dah mula hitam-hitam, apa yang saya akan buat adalah terus buat 'water blast' waktu pagi. Cara lakukan water blast ni haruslah kuat macam jet spray, sebab kalau tak kuat kurang berkesan. lepas buat ' water blash, sembur kawalan perosak, apa-apa jenis pun tak apa. Sembur keseluruhan pokok termasuklah tanah.(untuk bahagian puduk dan kudup rosak teruk, cantaskan sahaja, tak apa nanti akan tumbuh yang baru yang lebih elok, insyaAllah).

2. Hari ke-2-3, sambung buat water blast, sembur lagi kawalan perosak seluruh pokok seperti biasa.

3. Masuk hari ke-4, selepas buat 'water blast', sembur lagi kawalan persak seluruh pokok seperti biasa.

4. Hari ke-5-6, sambung buat 'water blast' lagi pada waktu pagi, kalau ada masa buat tengahari juga.

5. Hari ke-7, selepas buat 'water blast' sembur lagi kawalan perosak seluruh pokok seperti biasa.

6. Hari ke-8, kebiasaanya dah mula nampak kesan, kudup baru dan pucuk baru yang tumbuh dah elok kembali. Teruskan buat 'water blast' setiap pagi, insyaAllah pucuk dan kudup bersih dari serangan perosak, bukan sahaja thrips, macam-macam lagi seperti mites, aphids dan banyak lagi.

Ini pucuk saya yang pada awalnya dah diserang thrips, selepas lebih kurang 10 hari saya lakukan semburan perosak seiring dengan 'water blast', pucuk dapat bercambah kembali dan dapatlah tengok bunga dia nanti.

Dulu saya tak cuba teknik blash ni, asalkan nampak hitam je terus cantas, tapi nak tunggu pokok nak berbunga kebalik lepas cantas tu lama juga, mana nak sabar kan?hihii.. Kawan-kawan cuba la cara ni, mana tahu menjadi jugak, saya pun tumpang gembira. Tapi pastikan juga tanah jangan kurang air, nanti perosak suka pada pokok yang kurang air.

Selamat mencuba..;)

Comments

Popular posts from this blog

POST 20: CARA SEMAI POKOK BUNGA ROSE DARI KERATAN BATANG

POST 2_ASAS PENJAGAAN POKOK BUNGA ROSE

POST 22: TIPS POKOK BUNGA ROSE KEKAL SUBUR DAN SIHAT