POST 6_CARA CANTASAN POKOK BUNGA ROSE YANG BETUL
CARA CANTASAN POKOK BUNGA ROSE YANG BETUL
Ramai yang mungkin tidak tahu cara yang betul mencantas pokok bunga rose. Di sini saya kongsikan cara mencantas pokok bunga rose yang biasa Sha lakukan. Sha ambil contoh pokok Kordes Jubilee yang dah habis berbunga.
Sebelum cantas, pilih dahan yang mempunyai 5 helai daun, yang menghadapkan ke luar dan kemudian potong secara menyerong ke bawah supaya air tak bertakung di tempat potongan yang boleh menyebabkan penyakit kanker. Kebiasaannya pucuk baru akan tumbuh kembali di 'nod' teratas dan kedua atas.
Habiskan mencantas untuk setiap dahan.
Tadaaa..dah siap...
Pucuk baru akan mula tumbuh kebiasaanya dalam masa 2 minggu mengikut jenis pokok. Untuk pokok bunga rose jenis renek tidak perlu cantasan yang panjang, cukup hanya cantas pada hujung-hujung dahan kecuali kita mahu bentukkannya kembali. Mencantas pokok bunga ros sebenarnya mengikut kemahuan kita macammana kita nak bentukkan pokok bunga rose kita.

Comments
Post a Comment