POST 4_TIPS RIMBUNKAN KEMBALI POKOK BUNGA ROSE SELEPAS CANTASAN

TIPS RIMBUNKAN KEMBALI POKOK BUNGA ROSE SELEPAS CANTASAN


Hari ini Sha nak cerita tentang cara kembalikan pokok rose dari seperti gambar di bawah;

Kepada macam ini;

Gambar yang pertama adalah pokok rose Sha selepas di cantas. Kebiasaannya, Sha akan cantas bila pokok dah semankin tinggi, atau pokok rosak diserang serangga dan keadaan pokok yang agak teruk. Sha memang tak suka tengok daun pokok bunga rose Sha buruk-buruk, jadi Sha akan buang atau cantaskan dia dengan harapan berganti daun baru yang cantik. Cerita cantasan akan saya terangkan lagi pada post akan datang ye.

Ok, berbalik pada cara nak gemukkan kembali pokok bunga rose. Cara Sha adalah;

1. Kawalan Perosak

Selepas cantasan dibuat, semburkan kawalan perosak pada seluruh pokok termasuk tanah. Ulang semburan setiap 3-4 hari. Kalau menggunakan kawalan perosak organik, semburkan kalau boleh 2 hari sekali, sehingga pucuk dah mula menjadi daun dan cantik, boleh jarakkan semburan, seminggu sekali atau mengikut jadua semburan seperti biasa.

2. Pembajaan

Pada 2 minggu pertama, lebihkan baja yang mengandungi tinggi Nitrogen (untuk pertumbuhan daun). Contoh jika kebiasaanya letak 1 sudu, lepas cantas letaklan 2 sudu selama 2 minggu (pembajaan setiap minggu ya). Sha biasa gunakan baja organik sahaja untuk pokok-pokok yang belum stabil seperti ini. Pada minggu yang ketiga boleh membaja pada kuantiti yang biasa. Pucuk pokok bunga rose biasanya akan mula tumbuh dalam masa 2 minggu, bergantung pada jenis dan keadaan pokok. Semburkan juga baja dalam bentuk cecair pada seluruh pokok untuk pertumbuhan yang lebih cepat.

3. Air

Pastikan pokok sentiasa di siram 2 kali sehari kecuali hujan. Pokok ros memerlukan air yang cukup terutamanya pokok yang di tanam di dalam pasu. Pertumbuhan pucuk-pucuk bergantung kepada serapan air yang cukup dari akar. Siramkan juga dengan air yang lebih setiap kali selepas membaja.


4. Cahaya

Pokok bunga ros lebih cepat membesar dengan pendedahan cahaya matahari yang lebih lama. Ada sesetengah pokok bunga rose yang suka pada cahaya matahari dari pagi, ada juga tengah hari dan petang. Cuba-cuba letakkan pokok bunga rose pada suatu tempat, bila tengok pokok tidak tumbuh dengan baik, cuba pindahkan di tempat yang dirasakan sesuai kerana berlainan jenis pokok kadang-kadang berlainan keperluan kawasan dia. (Sebab tu saya guna pasu plastik sebab senang nk pindahkankalau kurang sesuai, hehe)

5. Displin

Ya, perlu displin untuk mendapatkan pokok ros yang cantik, juga untuk kekalkan pokok ros supaya sentiasa cantik.  Tetapkan jadual, pembajaan, penyiraman, kawalan perosak, dan ikut jadual.


Kebiasaanya, pokok akan mula berbunga kembali dalam masa 21-30 hari mengikut jenis pokok, jenis pokok renek kebiasaanya lebih cepat, juga jenis hybrid tea, floribunda, grandiflora. Jenis climber kebiasaanya agak lambat, Sha anggarkan dalam 45 hari atau lebih bergantung kepada jenis pokok.










Comments

Popular posts from this blog

POST 20: CARA SEMAI POKOK BUNGA ROSE DARI KERATAN BATANG

POST 2_ASAS PENJAGAAN POKOK BUNGA ROSE

POST 22: TIPS POKOK BUNGA ROSE KEKAL SUBUR DAN SIHAT