POST 10_KENALI PERALATAN BERKEBUN YANG SESUAI - PART 1

KENALI PERALATAN BERKEBUN YANG SESUAI - PART 1

Hari ini saya nak ceritkan mengenai alatan berkebun. Yang pertama ialah pump sprayer. masa pokok ros tak banyak dulu dalam 20 lebih je Sha guna pump sprayer macam yang kanan sekali tu warna hijau, tapi saya guna yang 2 liter , beli dalam 4 botol isi lain-lain racun, foliar. Lepas tu pokok makin banyak bertambah rasa dah tak sesuai sprayer kecik macam tu, saya tambah pump sprayer yang 5 litrt, guna sampai lah sekarang. Unruk laman saya yang ada lebih 100 lebih pokok bunga rose(tak kira anak-anak semaian dan pokok-pokok lain lagi), cukup-cukup la 5 liter untuk sekali menyembur. Kalau besar lagi, sakit pulak bahu nanti nak angkat nanti, hehee;)

Ni sprayer yang ada yang saya guna sekarang ni, setakat ni semua elok lagi kecuali yang kiri sekali tu. nozzle dia dah terpatah, dah gam tapi ada pontensi patah lagi jadi Sha beli lain sebagai backup yang tutup biru tu. hehee... Yang kecil-kecil tu saya guna untuk sembur foliar pada pokok daisy dan strawberry.

Pump sprayer ni perlu dijaga dengan elok untuk elakkanya dari cepat rosak, antara tips penjagaan yang saya belajar dari penjual adalah;

1. Jangan biarkan bancuhan racun atau baja dan sebagainya terbiar di dalam pump sprayer. Ini bancuhan tu bersifat asid atau beralkali, kalau dibiarkan ia akan menghakis bahagian dalam penyembur dan menyebabkan pam mudah rosak.

2. Bilas alat penyembur setiap kali selepas guna dan keringkan ia. Buka juga bahagian depan nozzle dan basuh kerana kadang-kadang terdapat benda asing yang menyebabkan nozzle tersumbat.

Yang ke-2, saya nak cerita pasal hose nozzle untuk lakukan water blast pada pokok. Saya ada dua jenis macam ni.

Yang warna hijau tu ada 7 jenis sprayer kita boleh pilih, memang best(boleh main-main, hehe) tapi saya tetap suka guna yang biru tu sebab yng warna hijau tu bila pasang pada hose, tekanan air dalam hose sangat tinggi, selalu tercabut dari hose masa menyembur, walaupun dah ikat guna pengetat hose yang besi tu apa tah nama dia. Itu saya tak pasti lah kawan-kawan macam mana.

Yang ke-3, nak cerita pasal gunting. Saya guna 3 jenis gunting (terlupa pulak nak ambik gambar) nanti saya update lagi, pinjam gambar google dulu.

Terdapat pelbagai jenis gunting di pasaran, ada untuk light pruning, ada untuk hard pruning. Kalau boleh beli lebih dari 1 gunting untuk lain-lain kegunaan.

1. Sebelum memotong pastikan gunting betul-betul tajam untuk menghasilkan cantasan yang sempurna.

2. Rendam gunting guna alkohol setiap kali digunakan untuk mengelakkan penyakit pokok bunga rose berjangkit dari 1 pokok ke 1 pokok yang lain melalui gunting. (Saya takde alkohol jadi rendam dengan fungicide je kadang dengan air bersabun. basuh-basuh je..hehe).

3. Jangan campur adukkan kegunaan gunting, contohnya gunting untuk mencantas guna untuk memotong wayar, nanti gunting cepat tumpul.

Setakat ni je dulu, nanti Sha sambung lagi berkenaan alatan berkebun ya...;)







Comments

Popular posts from this blog

POST 20: CARA SEMAI POKOK BUNGA ROSE DARI KERATAN BATANG

POST 2_ASAS PENJAGAAN POKOK BUNGA ROSE

POST 22: TIPS POKOK BUNGA ROSE KEKAL SUBUR DAN SIHAT