POST 20: CARA SEMAI POKOK BUNGA ROSE DARI KERATAN BATANG
CARA SEMAI POKOK BUNGA ROSE DARI KERATAN BATANG Terdapat banyak cara untuk biakkan pokok bunga ros antaranya dari biji benih(di Malaysia tidak sesuai), keratan batang, tut dan graft. Hari ini, saya nak kongsikan cara saya semai pokok dari keratan batang. Asalnya saje suka-suka semai sebab sayang keratan dibuang begitu saje bila lepas mencantas pokok. Cara semai dari keratan ini ada banyak teknik. Teknik saya ni hasil dari pembacaan, bertanya kepada kawan-kawan yang dah mahir, pembelajaran dari youtube dan juga pengalaman. Saya cuba dan mencuba, akhirnya saya finalize teknik ni paling mudah untuk keratan hidup. Sekarang ni info di hujung jari, tinggal search je kan...;) Ok, yang pertama sediakan bahan. Keratan ros, pengalak akar, medium semain dan pasu, botol air yang sudah tidak digunakan. 1. Keratan: pilih keratan yang sesuai, saiz sedang-sedang, potong bila bunga dah layu dan gugur. Tinggalkan daun sedikit supaya keratan dapat membuat makanan semasa ketiadaan akar. 2. Medium:...
Comments
Post a Comment