POST 17: CARA PULIHKAN POKOK BUNGA ROSE YANG "STRESS"

CARA PULIHKAN POKOK BUNGA ROSE YANG "STRESS"

Pokok bunga ros yang dibeli dari penjual tak selalunya sihat dan dan cantik, yang sihat dan cantik tu belum tentu akan kekal cantik di tangan kita. Kebanyakkan ros yang saya beli di laman bermula dengan pokok yang kecil dan "stress" kerana berhari-hari di dalam lori sebelum sampai ke tempat penjual dan kemudian dibeli dan dibawa balik ke rumah, atau pun beli secara pos. Jangan risau, ros tidak akan mati, hanya perlu pulihkan ia dengan cara yang betul. Ini pokok ros yang saya beli melalui pos tetapi lambat sampai hingga hampir 13 hari.

Nampak macam tak ada harapan kan? Saya tawakal je mase tu, batang pokok masih hijau bermakna pokok ada harapan untuk pulih. Saya cerita tentang pokok yang sebelah kanan tu, yang kiri  tu hidup jugak tapi saya dah jual.

Jadi apa yang saya buat, sampai je rumah, saya terus buat campuran tanah(tak perlu baja), kemudian tanam. Selepas itu, siram dengan air yang banyak (deep watering). Potong dahan yang berwarna coklat, sembur kawalan perosak dan letakkan pokok di tempat redup.

Hari kedua dan seterusnya, siram seperti biasa (saya siram ros saya 2 kali sehari). Pindahkan ke tempat yang dapat sedikit cahaya matahari anggaran 8 pai - 12 tengah hari.

Hari ke-4, saya letakkan pokok pada tempat yang dapat cahaya matahari dari pagi hingga ke petang. Saya semburkan baja cecair foliar selang 2 hari diselangselikan dengan rose are.

Selepas seminggu barulah saya letakkan baja untuk daun(tinggi Nitrogen)organik. Seterusnya, penjagaan ros seperti biasa. Alhamdulillah, pokok pulih dan berbunga cantik.

Selepas sebulan, dah mula berbunga. Alhamdulillah;)

Selepas 3 bulan.

Ini lah pokok William Shakespeare 2000 kesayangan saya yang masih hidup sehingga sekarang. Syukur, alhamdulillah. Apapun, kita hanya berusaha, Allah yang menentukannya.


Comments

Popular posts from this blog

POST 20: CARA SEMAI POKOK BUNGA ROSE DARI KERATAN BATANG

POST 2_ASAS PENJAGAAN POKOK BUNGA ROSE

POST 22: TIPS POKOK BUNGA ROSE KEKAL SUBUR DAN SIHAT