POST 15_CARA MERAWAT PENYAKIT KANKER PADA POKOK BUNGA ROSE

CARA MERAWAT PENYAKIT KANKER PADA POKOK BUNGA ROSE

Rose Canker(stem) merupakan antara penyakit biasa berlaku pada pokok bunga rose. Ia disebabkan sejenis fungi. Kebiasaanya terjadi pada batang rose yang bari dicantas, terbiar dalam keadaan basah yang lama, atau pada cuaca yang lembap seperti musim hujan. Ia mudah merebak hingga ke bud union, boleh menyebabkan pokok mati. Contoh kanker pada batang pokok bunga rose;

Kalau dibiarkan tanda hitam akan merebak hingga ke pangkal batang utama.

Cara rawatan;

1. Potong bahagian yang terkena kanker (anggaran jarak 5-6 inci dari bahagian yang sudah hitam).
2. Semburkan fungicide ke seluruh pokok.
3. Letakkan pokok di tempat yang mendapat panas dari pagi ke petang.

Cara mencegah;

1. Letakkan pokok bunga ros di tempat yang panas dan berangin
2. Cuci gunting mencantas setiap kali selepas cantas pokok bunga ros, saya rendam dengan clorox je)
3. Semburkan fungicide secara berkala keseluruhan pokok setiap minggu.
4. Cantas ros pada waktu-waktu pagi dan pada hari panas.

Ini antara pokok ros saya yang pernah terkena stem kanker yang dapat dieselamatkan. Berbulan-bulan pokok kembali berbunga meriah.


Comments

Popular posts from this blog

POST 20: CARA SEMAI POKOK BUNGA ROSE DARI KERATAN BATANG

POST 2_ASAS PENJAGAAN POKOK BUNGA ROSE

POST 22: TIPS POKOK BUNGA ROSE KEKAL SUBUR DAN SIHAT